WOWS Legends
Bahasa Melayu (Asia)
Yamato Yamato
Enterprise Enterprise
Belfast Belfast
Iowa Iowa
Bismarck Bismarck

Langkah Sempadan Baru Setiap Hari

World of Warships adalah sangat luas dan berbagai-bagai. Dalam permainan kami anda akan menemui lima mod permainan, lebih daripada 30 medan unik, dan lebih daripada 300 kapal perang. Pilih jenis kapal, negara, gaya bermain dan matlamat mengikut keinginan anda dalam usaha memburu kemenangan. Bersaing dengan para pemain lain atau menentang bot, jemput rakan-rakan anda atau berkawan dengan ahli pasukan baru anda, berseronoklah dan menang!
Pertempuran Rawak
Bertarung menentang para pemain lain dalam format 12 lwn. 12. Pertempuran Rawak akan memberi anda ganjaran berharga dan pengalaman tempur yang amat bernilai.
Pertempuran Klan
Satu acara bermusim untuk para pemain yang benar-benar menghayati kerjasama pasukan. Di sini, anda boleh pamerkan keberkesanan strategi dan taktik anda!
Pertempuran Berperingkat
Satu mod penilaian bermusim. Di sini, anda boleh mengasah kemahiran anda sambil bertanding menentang pesaing lain untuk trofi yang berharga.
Senario
Satu mod PvE yang termaju. Anda akan diberi tanggungjawab untuk selesaikan suatu tugas tertentu: pertahankan pangkalan, iringi konvoi, selamatkan pengangkut pesawat, dan banyak lagi.
Pertempuran Koperasi
Bertempur menentang AI. Uji kapal-kapal baru anda, pelajari mekanisme permainan, dan asah kemahiran anda menentang AI.

Bertarung di Bawah, Dan di Atas Permukaan Air, Malah Juga di Udara!

Battleship
Cruisers
Aircraft
Destroyers
Submarines
Belfast Yamato Bismarck Iowa Bismarck
Lebih Daripada Tentera Laut

Kapal perang tidak memadai untuk anda? Bagaimana dengan kapal angkasa? Sertai acara-acara bermusim PvP dan PvE yang bertema – bertarung menggunakan kapal angkasa futuristik di angkasa lepas, berjuang untuk pemandirian dalam dunia akhir zaman, atau hancurkan angakatan kejahatan dari gerbang kegelapan yang penuh misteri!

Our Players Are the Best!

World of Warships mengalu-alukan kedatangan semua orang! Lebih daripada 35,000,000 orang telah mencuba permainan kami sehingga kini. Kebanyakan daripada mereka kini berjuang bersama-sama dalam Divisyen, membentuk Klan, dan menganjurkan pertemuan. Anda akan menikmati masa yang meriah bersama kami dan sudah pasti akan menemui rakan-rakan baru.

Tidak Mudah Seperti Disangkakan

Anda tidak perlukan kemahiran menyasar yang sempurna untuk memenangi pertempuran dalam World of Warships. Anda boleh bermain dengan satu tangan dan minum teh panas dengan tangan yang sebelah lagi. Yang terbaik dalam permainan adalah mereka yang memahami strategi. Tiada cara mudah untuk menguasai semua butiran terperinci pertempuran laut; ayuh berlayar ke laut kami dan berlatih!

Hadiah di Mana-mana Sahaja

World of Warships menawarkan hadiah-hadiah istimewa untuk pendatang baru, hadiah setiap hari untuk semua pemain secara amnya, dan tawaran-tawaran besar semasa musim perayaan dan keluaran kemaskini baru. Hadiah-hadiah istimewa juga diberi kepada mereka yang menonton tayangan strim kami. Kami tidak perlukan apa-apa sebab khas untuk membuat sesiapa bahagia—kami cuma suka melakukannya!

Kemaskini Pada Setiap Bulan

World of Warships telah dilancarkan pada bulan September, 2015. Sejak itu, kami telah mengeluarkan kemaskini pada setiap bulan. Ini antara sebab utama mengapa World of Warships sentiasa kekal menarik bagi para pemain. Pembangunan yang berterusan adalah prinsip utama kami—kapal-kapal kami akan terus berlayar sepanjang masa!

MAIN PERCUMA DI PC
Join Us